Monday, 11 April 2011

kisah hati perempuan pada seseorang..

  kadang dia sering menyembunyikan satu rasa sakit pada seseorang sehinggakan menitis air matanya namun kita tidak melihat..kerana menangis dia di dalam senyap..menangis di dalam hatinya.deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..
 Dan kadang apabila kita melihat air matanya yang mengalir..sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu..
dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan,mungkin dia akan melakukan sesuatu di luar kawalan..bimbinglah dia..tenangkan lah hatinya..
Di saat menitis air matanya itu,jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai perasaanya lagi..dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin untuk menguatkan lagi semangatnya..dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akn menjaganya..lantas dia akan menggenggam erat tanganmu..di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

pelita di bawah purnama...

Sendiri aku menjejak bayangmu
Berkurun lamanya kita tak bertemu
Kau berlalu pergi terbiar aku sendiri
Menahan duka oh di sudut hati
Cinta… dengarlah rintih hatiku
Mengharap belai dan rindu
Yang pernah dicurah sepenuh hatimu
Kasih… inikah yang kurasai
Pengorbanan tak dihargai
Menjadi siksaan yang tidak diundang
Oh pedih… sayang…
Ingatkah lagi kau pernah berkata
Aku bagai pelita di bawah purnama
Kini malam sepi tinggal hanyalah memori
Mungkin cahaya menjelma semula


Sunday, 10 April 2011

...maafkan sy awk...

Awk,maafkan sy..sy tak  bermaksud utk melukakan hati awk..sy tak nak awk tinggalkan sy.sy tak nak kehilangan awk.sy tak nak awk pergi dr hidup sy.sy tak nak wk..sy tak mampu hidup tanpa awk..
sy cuma nak awk faham hati sy..meskipun kita jauh sy tak nak hubungan kita jd renggang.sy tak nak awk berubah..sy sayangkan awk sepenuh hati sy.maafkan segala kata-kata sy pd awk.sy tak bermaksud nak awk tinggalkan sy terus.sy cuma nak awk faham hati sy.dh byk kali sy cuba terangkn tp awk anggap sy membebel..awk tak nak peduli apa yg sy cuba katakan..cuba lah fahami wk..sy sygkan awk dan hubungan kita..

Friday, 8 April 2011

JaNjI kItA..

Janji yang sama-sama kita lafazkan sudah tidak bermakna lg kh pd awk??
4tahun kita bersama..4tahun kita berpegang pd janji itu..
tp mudahnya awk melupakn semua janji tu..
hnya kerana kita telah berjauhan..
awk...
sy tak pernah melupakan janji kita wk..
sy tak pernah lupa segala kenangan kita bersama..
tp awk dah byk berubah sejak kita berjauhan..
awk janji pd sy awk takkan pernah berubah wlupun kita dah berjauhan..
awk janji pd sy tidak akn ada paa pn yg berubah meskipun kita dah jauh..
tp skrg yg sy rasakan awk dah tak sayangkan sy lg..
awk dah tak pedulikan sy lg..
awk tak amik kisah pn tntg sy..
apa slh sy wk?
sy tak pernah inginkn kita berjauhan..
awk yg mula-mula mengambil lgkh utk kita berjauhan..
dan sy dlm keadaan terpksa menerima keptsn awk..
sy terima dgn alasan awk ingin mengubah hdp awk kepd yg lebih baik agar kita dpt bersatu dgn ikatan yg sah..
tp skrg apa yg dah jd wk??
kenapa sy harus hadapi keadaan ini??
sy sggp menunggu awk biar berapa lama pn..
sy relakan hati sy utk kita berjauhan utk kesenangan hdp awk..
awk dekat dgn keluarga awk..
tp keadaannya??
kita nak jumpa pun susah..
tp takpe..
sy terima itu sebagai satu dugaan utk kita kerana berjauhan..
sy sygkn awk wk..
tp awk dah cuba mengubah perasaan syg itu kepada benci..
maafkan sy wk..
maafkn sy kerana kita takkan berjumpa selg awk tak ingat segala janji yang pernah awk lafazkan pd sy..
setiap janji yg pernah kita lafazkan itulah salah satu pengikat bg hubungan kita yg jauh..
tak sampai setahun lg kita berjauhan awk dah lupakan semua janji tu..
sy kecewa dgn awk..
klu awk masih sygkan sy..
kembalikanlah keindahan dalam hbgn kita yg makin rapuh ni..



Thursday, 7 April 2011

letihnya tidak dihargai..

huh!!letihnya tdk di hrgai..!!itulah yg aku rasakan saat ini.sedihnya mmg terasa sgt.rasa nak menangis tp air mata tak mampu nak mengalir.hari-hari aku hubungi dia..hari-hari aku ambil kisah tentang dia,apa yg dia buat,sht ke tak,keje ke tak,everythinglah.tapi bila aku tak hubungi dia tak pernah kisah pun.dia biarkan je.sampainya hati dia buat aku macam ni..aku dah tak penting lg dalam hidup dia.aku dah mcm takde guna pd dia.bila dia boring,klu tiba-tiba dia rasa rindu kt aku baru dia sibukkan aku.klu tak dia cuma sbkkn hal dia dan kwn-kwn dia.aku dia tak pedulikan pun.even dia tak amik tahu pasal aku,aku yg sbk bgtau dia semuanya.bodohnya aku ni.terhegeh-hegeh pd lelaki yg tak anggap aku ni penting dlm hdp dia.aku tak harap apa pun aku cuma nakkan dia beri sedikit perhatian pd aku.bkn aku nak dia sbkkn aku 24jam..cukup lh sekdr yg dia termampu.tp dia tak peduli pn.dia lupakan aku yg jauh ni.apa slh aku??mentang-mentang aku ni jauh dia tak perlukan aku.dia tak ksh apa pn pasl aku.klu mmg bg dia aku ni dah tak penting,dia dah tak perlukan aku utk ada dlm hdp dia lg,dia blh tinggalkan aku.aku reda drpd dia buat aku mcm ni..aku tak sanggup nak tahan kesedihan lg.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dlm menghadapi dugaan ini..

Monday, 4 April 2011

Di sAaT KiTa BeRjAuHaN...

Di saat kita mula berjauhan...
hnya Allah yang tahu bagaimana peritnya yg sy rasa..
terasa seperti sy tidak mampu utk meneruskan hidup tanpa awk di sisi..
setiap hari yang sy lalui semuanya kosong..
semuanya seperti tidak bermkna..
sehinggakn org lain pun tak berani utk menegur sy
melihatkn keadaan sy yg seperti org yg tak tentu arah..
setiap hari sy lewat dpn rumah awk..
sy berharap di dalam rumah itu masih ada awk..
sy berharap di pintu rumah itu msh ada awk yg menanti kedtgn sy dgn sebuah senyuman yg sentiasa membuatkn hati sy berbunga bila melihatnya..
sy masuk ke rumah itu dan melihat di setiap sudut rumah itu..
terlalu byk kenangan kita di situ awk..
sy terbayang-bayang awk masih ada di situ..
sy terbayang-bayangkn wajah awk yg terlalu sy rindui..
di situ air mata sy mengalir..
seandainya awk tahu betapa sukarnya utk sy meneruskan hari-hari sy tanpa awk di sisi..
tanpa awk yg sentiasa bersama sy di saat suka dan duka sy...
tanpa awk yg mengesat setiap titis air mata sy yang jatuh..
setiap kenangan kita bersama tak mampu utk sy lupakan..
setiap yg kita lalui sentiasa ada dalam hati dan fikiran sy..
setiap detik dan setiap saat wk..
wlupn hnya beberapa daerah saja kita berjauhan tapi sy tak mampu wk..
payahnya sy menerima hakikt itu..
bertahun awk ada di sisi tiba saatnya awk tiada di sisi,rasa hancurnya hati sy..
saat itu yang sy mampu hanya menangis..
menangis dan terus berharap agar awk kembali ke situ sedangkan hakikatnya awk takkn mungkin kembali ke situ..
bln 5 ni genap setahun kita berjauhan wk..
sy tak mahu saat-saat yang sy lalui sewaktu mula-mula kita berjauhan dulu terbayang lg wk..
sy tak sanggup..
setelah kita berjauhan..
kita dh jarang jumpa..
hanya berhubung melalui telefon..
mcm-mcm yang kita lalui wk..
bergaduh..bertelingkah..
seperti tak ada kesudahannya..
tp hati sy tak pernah berubah wk..
sy masih tetap sygkan awk seperti dulu..
hnya awk di hati sy..
hnya awk yg sy rindui..
rasanya lg perit berbanding saat kita dekat dulu..
sy mahu saat itu kembali wk..
sy mahu kembali seperti dulu..
wlupn sy tahu saat itu takkan mungkain kembali..
masa tidak boleh di putarkn kembali..
kita mesti meneruskan hidup kita..
tp sy nak teruskan hidup sy bersama awk..
semoga segala yg kita inginkan akn tercapai wk..
semoga segala yg kita bina selama ini takkan sia-sia..
semoga segala apa yg telah kita lalui takkan mematahkan semangat kita utk terus bersama wk..
semoga hubungan kita tetap teguh wk..
wlu apa pun badai yang melanda..
insyallah..
doa sy sentiasa mengiringi hbgn kita..
sy sygkan awk..hanya awk di hati sy..
sy ingin bersama awk sampai ke akhir hayat sy..


~ luahan hati untuk my hubby..Aidil Azmi tercinta..~

Saturday, 2 April 2011

10 reSePi RahSiA cInTa



1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa
yang aku hormati dalam diri mereka?”.


3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejati
terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling
berpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.


5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,
menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk
mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamu
menunggu?


8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia
dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.


9. Kekuatan semangat.
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.