Monday, 11 April 2011

kisah hati perempuan pada seseorang..

  kadang dia sering menyembunyikan satu rasa sakit pada seseorang sehinggakan menitis air matanya namun kita tidak melihat..kerana menangis dia di dalam senyap..menangis di dalam hatinya.deritanya sukar kita fahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..
 Dan kadang apabila kita melihat air matanya yang mengalir..sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya..dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu..
dan jika kita terus biarkan dia dalam kesedihan,mungkin dia akan melakukan sesuatu di luar kawalan..bimbinglah dia..tenangkan lah hatinya..
Di saat menitis air matanya itu,jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai perasaanya lagi..dia akan menerima kata-katamu itu sebagai pemangkin untuk menguatkan lagi semangatnya..dan jika kamu berpesan jangan menangis lagi dan akn menjaganya..lantas dia akan menggenggam erat tanganmu..di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

No comments:

Post a Comment